<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, January 28

you're looking at me now...

umah baru aku, aku dah pindah sini

Monday, January 19

you're looking at me now...

RUMAH BARU DAH SIAP....

JOM..JOM... MASUK RUMAH BARU...

http://www.ciknana.blogdrive.com


Thursday, January 15

you're looking at me now...

Bila Kambing Takut Nak Mandi

kambing tu takut air.. tapi nanti dia busuk, sapa pun tak mo kawan ngan dia.. kalau dia lalu sebelah pokok bunga ros yang sedang kembang pon, serta-merta bunga tu layu dan menyembam ke muka bumi... semua binatang kecil yang terbang sebelah dia pasti akan jumpa doktor haiwan sebab mengalami pening-pening dan loya (bukan bunting), tapi penangan bau badan si kambing.. oh ya!! kambing bernama JOE, so, ramai la member si Joe nih ajak dia pergi berkubang ngan Ramli seekor anak kerbau dan yang lain-lain kat sawah lepas abih ngaji petang-petang. Si Joe akan selalu kasik alasan seperti:

"Mak aku soh balik awal, nak masak puding rumput!"

"Adik aku ajak pergi kedai Pak Mat Tonyet nak belikan dia pengetip kuku baru.. Pengetip yang lama patah sebab kuku dia tebal sangat!!"

"Abah aku soh balik awal nak tolong dia kemaskan kebun rumput kitorang"

dan berbagai alasan kronik lagik..

Setiap kali hari jadi Joe, kebanyakkan kawan-kawannya akan memberikan hadiah seperti minyak wangi dan deodorant.. tapi Joe tak leh pakai tu suma.. nanti kalau bau busuk ngan bau wangi bersatu.. pokok getah lima batu dari rumahnya pon boleh tumbang serta merta.. inikan pula yang dekat-dekat ngan dia?? Dia tak sanggup nak bayangkan... Bukan Joe tak mo mandi, tapi dia waterophobiacs, Takut Air.. ntah ngapa. tapi kawan-kawan dia paham.. iu sifat azali Joe turun temurun... semua famili Joe tak pernah mandi.. namun mereka tetap kawan ngan Joe, sebab Joe seekor kambing yang baik hati..

Tapi Joe kene mandi jugak, mak ayah dia educated. Habis belajar sampai Master Level dalam Bidang Pertanian. Joe sendiri dapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (edisi Haiwan). semua nya A1. Joe pandai dan tak lokek ilmu. Itu antara sebab member dia sayang kat dia.

Nak dijadikan cerita, satu hari Joe dapat tawaran untuk ke Kem Bina Hidup (versi haiwan). Kira ala-ala Biro Tata Negara laa.. tapi Joe dapat kat Pulau Ketam. So, nak tak nak ke Pulau Ketam tu Joe kene naik bot la.. Tak nak tunjuk penakut kat seekor awek kambing yang dah mencuri tumpuannya sejak dari naik bas dari Kl ke jeti , Joe tabahkan hati, cover lutut yang sedang goyang, tahan air kencing takut yang hampir mengalir. Awek tu senyum ngan Joe. Lagik la Joe tunjuk macho. Nak tackle cara halus la tu kunun.. hak tui!! Maka, Joe baca semua jampi serapah, agar dia tak tenggelam, tak lemas, tak kembung perut minum air dan agar segala hidupan dalam air tu mati dek bauan segar yang dimilikinya.

Joe beratur dengan tertib untuk naik ke dalam Bot. Fuh.. bergoyaang plak... lagik la lemah lutut Joe. Tapi cover sebab awek yangbakal jadik miliknya itu (perasan). bila awek tadik masuk dalam bot, tempat duduh betul-betul tinggal satu, sebelah Joe, semua haiwan lain tak sanggup dok sebelah Joe, sebab dia kambingyang tak mo mandi. Nak tak nak awek ni pon duduk la sebelah Joe. Sama spesis tak per. Memasing pon busuk, tapi awek tu wangi. siap harum ngan haruman Emporio Armani yang baru lagi.

"Fuuhh.. boleh tahan awek nih.." bisik Joe dalam kambing

Awek kambing yang dari tadi senyum tak berkata apa duduk kat sebelah Joe. Tapi Joe perasan satu perkara, hidung awek tu kembang kempis seperti menahan nafas sejak dari tadi. Oh, lupa. Joe busuk tak mandi. Joe tunduk malu. Melemparkan pandangan ke lautan luas. Alamak air. Tutup mata la.

Tiba-tiba, Pak cik Monyet yang mengemudi Bot tu menjerit..

"OMBAAAAAAAKKK!! OMBAAAAKK!!"

Tak sempat nak berpusing Joe terasa badannya melayang di udara sebelum tersembam ke dalam air.

"Tolong.. blup..blupp.blupp.. Tolong.. aku tak tahu berenang"

kecebussssssssssssssssss........







"Oi Sudin, bangun la.. ko nak mak siram ko ngan air panas pulak ker? Ini aku siram ngan air sejuk nih pon dah kira ok tau. Tula, malam-malam tidur lewat. nyesal pulak aku beli Astro tu, tak reti-reti nak tidur semuanya. Dengan bapak-bapak sekali sama. Bangun masa matahari dah tinggi. Tahulah ko baru lepas abih SPM. Tolong la sikit mak nih. Sapu-sapu sikt ke laman tuh. Dah macam rumah puaka plak ha.. banyak benor daun kering. Mak nih bla...bla...bla...." bebel mak.


Sudin terus terdiam sambil berkata dalam hati.

"Huh, mimpi ngeri abad ini adalah menjadi kambing!!"


Habis cerita..


* watak tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang dah mati. rekaan semata-mata. hanya untuk hiburan.




This page is powered by Blogger. Isn't yours?